sakit

Tanggal 15hb lalu, aku menghantarnya pulang ke LCCT. Jam 4 pagi kami gerak dari bangi. Tp tak mengantok sangat sebab dah mandi. Segar saja kurasa. Aku sedih, terpaksa lepaskan kau pergi. 2 bulan. mana mungkin aku menanggung rindu nanti. tak apalah, dia pun mau pulang jugak ke kampungnya.

Sesudah kau check in, aku berjalan lemah ke kereta. Lama aku tunggu dalam kereta, sebelum kau berlepas. Kalau boleh aku mahu tunggu sehingga kapal terbangmu berlepas. tapi jam sudah lewat. Aku terpaksa bergegas pulang ke bangi semula. Aku harap, perpisahan sementara ini, akan mendekatkan lagi hubungan kita. semoga apa yg berlaku selama ini, membuatkan kita saling merindui antara satu sama lain, saling memerlukan antara satu sama lain. :)


pagi seleps pulang dr airport, aku ke pangkor pula. aku malas nak bercerita kisah aku d pangkor. bagi aku, tak ada apa yg best. biasala, laut, mandi laut, bot laju. aku cuma igt kenangan yg paling teruk aku d pangkor. hari terakhir (semalam) aku muntah teruk sangat. dari malam sampai ke pagi, tak berhenti muntah aku. ya Allah. aku rasa tak berdaya sangat. lagi teruk muntah daripada demam biasa. bayangkan sekali muntah pun dah teruk,ini berkali2. xberhenti2 aku ke tandas. aku tunggu sampai pagi, baru lah ada abg tu boleh bawak aku klinik. sampai ja di klinik, nurse sahaja yg ada. dia cuma bg suntikan ubat tahan muntah dengan air garam. aku pulang ke bilik dengan keadaan masih lemah. selepas tu aku tidur sampai jam 11, bangun2 je kawan2 aku sudah kemas2kan barang aku, ya la, jam 12 kami perlu checkout. Aku mandi pun jam 11.45, sungguh ikutkan hati aku mahu tidur ja... untuk aku berjalan kaki pulang ke jeti pun berapa kali aku duduk, sambung jalan, duduk. sampai dalam surau terus aku tidur. 

kesian syg aku, menanti2 mesej dari aku.. maafkan abie buat cyg risau... masuk dalam feri ,aku masih muntah2, sebelum naik bas pun aku muntah. Aku asyik berdoa je semoga tuhan kuatkan aku untuk aku sampai ke bangi. sungguh aku lemah..
alhamdulillah, jam 12 malam, sampai jugak aku ke bumi ukm. lega rasa hati,terus aku call buah hati aku, rindu betul aku mendengar suaranya. walaupun boleh cakap sekejap saja, tak mengapa, asalkan aku dengar suaranya. 

sayang, cepatla pulang ke sisi abie. abie tak rela syg jauh dari abie. bila abie sakit, abie igt syg je.. :(