7/11/2012
Kenapa aku mula buat blog hari ni? *diam*
Hari ni dia keluar bersama seseorang. aku tak suka orang tu. tapi dia desak untuk benarkan dia pergi berjumpa juga dgn orang tu. Tak mengapalah, kalau aku larang sekali pun, tidak diendahkan. Dia tetap dengan pendiriannya. Hak nya, Janji nya kepada org tu.
Aku tunduk.
Kenapa perlu kau pertahankan untuk berjumpa jika kau tahu akan banyak lagi kenangan kau akan buat dengan dia? Kau tak faham apa aku rasa. Jika kau kat tempat aku, mungkin.
*Tangisan*
Tak peduli pun dengan air mata aku. Dia masih dengan pendiriannya. Okay. Ternyata akhirnya aku rela...
Meskipun berat hati ku melepaskan kau pergi untuk berjumpa dengan org tu.. Aku tak kisah kau setakat jumpa saja. Tapi kau dengan dia 3 hari. Kau tahu aku tak mampu, tp kenapa kau masih mahu?
Tak apa. Pagi ni aku bangun semua dah okay. Aku rela pagi ni kalau dia nk keluar jugak. Biasalah.. Mulut sahaja cakap rela, hati ? *diam*
Tapi rela aku tu pun tak boleh dijaga. Kau sms dia beritahu kau sudah nak bersiap2.
*Aku sedih* Macam kau yang nak sangat jumpa kan.
Tak apa. aku tak boleh bercakap apa2. aku tak ada suara. suara ku lemah sekali bagi kau. Dengan berat hati, aku menghantar kau ke KTM. Kau macam tiada perasaan. Melihatku pergi begitu sahaja. ...
*1.00 ptg*
Aku call, untuk memberitahu cara ke TIMES SQUARE,selepas sms aku kau tak faham.
Tapi sahutan call kau begitu seperti cover2. cover dari dia ? Hm..
Aku tak sempat lagi habis bercakap, begitu sahaja kau letak telefon aku. *Ya Allah. aku masih cuba berfikiran positif*
SMS aku hantar, cuba meminta simpati . Aku tanyakan kenapa kau letak terus hp mu. Tapi tiada kau jawab.
Cuma 20 minit kemudian kau tanya soalan yang tak ada kaitan.
*fahamla perasaan aku macam mana time ni kan*
selepas itu, aku sms, tiada sudah kau reply. sedihnya hati aku. Allah saja tahu. kau bersama dia, langsung kau xboleh fokes dengan aku....Macam mana aku nak percayakan kau?
Aku call tiada berjawab. Tak apa.
Mungkin aku tak patut pedulikan hp aku. Aku nak keluar hilangkan perasaan sedih ni.
Salam.