12.55 am

Ya Allah, kenapa sekelip mata kau berubah.
Aku rindu kau :((

oh awan

diri sendiri rasa kecil sgt. rasa mcm kuman.
wujud tak wujud sama je... tak penting...
hati sayu.  *tunduk*


*sambil pandang awan*

Tak apa lah, aku dalam duniaku. aku cuba bangkit. Biarlah andai aku terpaksa hadapi semuanya sendiri..


Aku membuka facebook kau. dah tahu, kau lebih suka update fb sana. semua nak post. itu ini pasal dia kau post. dulu bila aku mintak kau post pasal aku,mcm2 alasan. Kononnya itu fb kwn2 kolej, nanti dorang fkir lain.

tapi bila pasal dia, semua x kisah. sebab apa? sebab kau add dia kat sana saja. dia patut tahu la kan apa yg kau update.


Aku ni mcm mana? Diabaikan? prasaan aku? Hehh. persetankanla perasaan kau izz.. Hahaa.

org xpeduli. Sebulan dah dia mcm tu. aku tinggalkan dia dlu sekejap je. tak sampai sebulan pun..
Tu pun sebab aku bawak diri. banyak makan hati. tp dia fikir aku pentingkan diri sebab tak peduli langsung psal dia..


At least,aku tak pernah sakitkan hati dia pasal orang lain.. Tu lebih teruk kot.

Tak apalah, biarlah aku kat sini. Tak nanges pun. Jangan risau..
Mungkin kau pernah rasa kena curang, kena tipu oleh kapel kau dulu. tapi sayangnya kau tak rasa mcm mana aku rasa sekarang. kau abaikan je apa aku rasa. aku tanggung sorang2..


tak apa, sabar itu lebih dari segalanya. Aku cuma tak berhenti2 berdoa moga tuhan lembutkan hati kau untuk kembali mencintai aku.



Aku rasa asing sangat dari kau.

Hari ni kau puasa, aku cuma cakap x ajak aku pun berpuasa. Kau dah cakap kena sendiri2 ingat. Kononnya taknak riak.
Hm, buat kebaikan x salah kalau ajak orang.


Teringat aku dlu2 mula kenal kau, time sahur, sempat lagi skype dengan kau. On call dengan kau.

Rindu, Sungguh aku rindu.....

Kafein



Lega, minum 3 gelas coffee pagi ni. Rasa macam telan kafein banyak gila. 
it's better.

Manusia suka ikut emosi kan?



Bila ada sedikit tak kena, marah itu dtg terlampau2. walaupun perkara kecil.
Pantang ada salah, marah no 1. dah puas2 marah, baru nak cool, baru nak fikir. 
kdg2 menyesal pulak sebab marah. ha.. baru nak menyesal kan?

tula Allah dah cakap, marah itu api. Api itu kesukaan setan. Bila kita marah, setan sangat suka. Makin dia api-apikan kita. Kita makin marah membara2 la. Walhal benda kecil sebesar butir garam.
Sebab tu lah, bila kita rasa marah, cepat2lah minum air, ambil wudhu'. Kurang sikit marah kita.

Tapi cara handle marah ni pun bergantung pada individu tu. Dia handle macam mana.
Ada org kalau marah, lebih suka dilepaskan kepada pasangannya. Tambah2 sebab pasangannya tu buat dia marah. lagilah sakan kn?

Ada org marah pulak,suka pendam. Pendam, pendam dan pendam. Bahaya ke pendam? Bagi aku, tak kot. Sebab kita pendam lebih baik dr meluahkan kpd pasangan. Tak nak la pasangan kita jadi mangsa.
Lagipun taknak kita bergaduh pasal benda kecil2,remeh2. 

Matanglh bila handle problem berkaitan emosi ni. bila kita matang, pasangan pun suka.. :)

lembut hati


saya mintak maaf sayang sebab saya tak sempurna dimata awak . saya cuba . namun , saya masih lagi gagal . tapi saya tak putus asa . saya akan terus mencuba untuk melihat awak berasa bahagia disamping saya . awak tak perlu mintak maaf sebab awak maki-maki saya marah-marah saya tadi . sebab saya tahu sememangnye awak takde niat pon nak buat macam tu kan ? saya kenal awak dah lama sayang . awak pun pernah bagitahu saya . jadi , takde pape pon yang perlu saya maafkan . :')

Perit



Pernah tak rasa terhegeh2?
Erm,.. *malu*.
Rasa nak bawak diri sahaja sekarang. si dia dah tak perlukan aku. dari cara layanannya. dia  xperlukan apa2 lagi... dia mungkin kuat, ego, sebab ada di rumah mak ayah dia...
dia takkan begitu bila dia ada di kolej dia.. aku kenal benar sikapnya.. takpalah...
aku pulak di sini keseorangan. sedang bahagia, ditinggalkan tiba2....

surat yg aku bagi pada kau sebenarnya untuk memberitahu aku ingin membawa diri. sebab tu aku bagi gambar bersama aku. sekeping aku simpan. buat kenangan. tisu kau guna, begitu bermakna.
mulanya aku tak mahu bagi, tapi aku mahu kau igt, kau sanggup tunggu aku sampai bila2....
tp, selepas saja aku hantar kau ke balai pelepasan, kau minta aku sms kau selalu bila aku tak bz....
aku berat hati mahu membawa diri, memang aku syg kau.....
iya, aku bahagia, menerima sms dari kau, sungguh aku rasa cinta dr kau. kau rindu aku.....kau katakan kau syg aku...

tp syg, semua itu tak kekal lama, semalam, kau mula semula.....
kau kata hidup dengan aku macam penjara. hanya kerana aku tegur kau bercakap semenanjung. sedangkan kau tahu aku hanya bergurau. dulu pun aku pernah gurau sebegitu, kenapa skrg smuanya jadi marah?
selepas itu, kau suruh aku tidur, padahal masih awal.... takpalah, selepas itu,xdapat lagi aku contact kau...
aku jadi x keruan.... aku tunggu kau on9, tapi tiada.....

kenapa bahagia dgn kau cuma seketika? baru aku rasa kau milik aku, tp sekejap saja kau buat.
tadi aku call kau, tp sepertinya aku yg terhegeh2 mahu bercakap kerana rindu pada kau. tp kau?
bermacam alasan kau bagi. serabut, malas, bosan, nak mandi..... aduh... sakitnya....

tak apalah syg.....jika itu dia nak., aku rela.. meskipun perit.
dia bosan, malas nak sms aku lagi. okay. *aku terdiam*

aku malas nak tunjuk rasa sedih aku lagi. tangisan aku lagi. biarlah aku macam ni. tabah hadapi segalanya.
kalau itu cara dia, aku akan ikut.. Ikut sampai bila? entahlah.
mungkin, sampai 1 masa, dia perlukan aku lagi. tapi, aku tak dapat nak pastikan jika dia masih perlu aku tau tidak. tak apa, aku bukan semudah itu, mahu mencari cinta baru. sakit aku tanggung sekarang, biarlah aku sendiri. hingga sampai kau kembali ke dalam hidupku....

aku bukan seperti kau, mudah mencari pengganti, peneman dikala sepi.
aku cuma mahu sendiri . . cinta ku x boleh bertukar ganti.
memang aku cinta kau seorang, ikhlas dari hati. tak pernah terlintas hati aku nak cari teman pengganti.....

biarlah blog ini jadi saksi luahan hati sedih, perit aku. meskipun aku tahu kau tak tahu kewujudan diari pilu ini, tak apa. moga 1 hari nanti, bila kita dah berjauhan,tak punya apa2 hubungan lagi, kau akan igt semua ini...

aku hanya mahu kau. masa depan aku mahu bersama kau. tapi itu bukan yg kau mahukan...
kau hanya baik dengan aku bila saat aku baru berpisah dengan kau. selepas 4-5 hari.kau akan mulai buat perangai.. memang itu kebiasaannya. sebab itulah dulu kita kerap berjumpa.sebab bila berjumpa kurang rasa bergaduh,. kurang kata2 bosan dari mulut kau..

aku cuma ikut arusmu. sampai 1 saat,aku masih mampu bertahan , aku tunggu.
namun aku juga punya hati, punya perasaan... jika ini balasannya atas cinta aku. aku terima...









luka


tidur malam ni dengan hati terluka lagi.....
malam sebelum kau pulang pun sama. . kali ni berlaku lagi.. apa lah salah aku kt engkau....
aku call pun tak dapat , mungkin kau dah off handphone...
hm,, xapalah... aku tetap tunggu kat sini.. biarpun org tak sudi :)

biarlah malam ni aku tidur dengan gmbar mu di depan, (dalam laptop ku)



selamat malam cyg :')



penjara



"hidup dengan kau macam penjara!" 

sentap! ayat itu kerap kali kau ulang ketika dengan aku. teruk sangat ke hidup dengan aku?? maafkan aku.. tak apalah.. jika hidup denganku terpenjara bagimu, kau carilah kebebasan kau mahu.




pesanan buat kekasih


setiap hari aku mula berfikir positif mengenai kau. sebak hati aku setiap kata2 kau, tp aku sabar.  aku banyak salah silap dengan kau, tp bukan mudah aku lupakan kau. *tunduk*

kau nak berubah? okay, aku terima.tapi biarlah selepas aku penuhi impian aku dgn kau dulu. bahagiakan kau sepuasnya dulu. aku masih belum dapat bahagiakan kau sepenuhnya. impian kau yg aku belum penuhi.. banyak, kau nak pergi sunway lagoon, pusing2 malaysia dgn aku,pergi singapore dgn aku, buka cafe dgn aku, dpt stay sama2 dgn aku..

sebut pasal buka cafe, aku teringat mcm mana impian kau sama dengan impian aku. dpt buka kedai makan, tp impian kau yg berbeza skit dgn aku, kau nak ada ruangan baca novel utk customer,aku pulak kalau boleh ruangan komik. menarik kn? :)

kau cinta pertama yg betul2 aku hargai. aku tak tipu. begitu banyak pengorbanan aku dgn kau, sebab aku terlalu cintakan kau. kau jugak cinta yg banyak aku mengalirkan air mata. aku juga jatuh ego bila menangis depan kau. tp kau tak pernah tahu kan. aku kapel before ni,xada yg aku tangisi sebanyak aku tangiskan dengan kau. 

aku tahu, aku bukanlah masa depan kau lagi. aku cuma bayangan yg ikut kau hingga sampai 1 saat,kau akan padam bayang2 aku. di saat itu, ada sudah org yg layak untuk kau. yg pastinya bukan aku.


aku rela, andai saat itu, kau tinggalkan aku. tp jangan pernah ingat aku akan lupakan kau... aku masih tunggu kau dalam hati aku. walaupun saat itu kau dah x lagi dengan aku. biarlah cinta kau dalam hati aku terus mekar tanpa kau disisi aku lagi. biarlah aku hidup dengan kenangan kau.. aku tetap tunggu kau sayang... 

biarlah aku bahagiakan kau seketika. dalam masa yang aku ada ini. aku akan buktikan kau cinta sejati aku. dan aku cinta terbaik kau. sungguhpun aku akan lenyap dari hidupkau tak lama lagi.aku akn buktikan syg..... 



Kiranya kau ada penggantiku 
tetapi hidupmu tak bahagia 
Relaku memaafkanmu
Dan menerimamu sayang
Walaupun hatiku kau lukai
Namunku masih menyayangi
Kerana sehingga waktu ini
Cintaku masih untukmu
Oh sayang di mana kau berada
Janganlah kau lupakan aku
Ingatlah aku walau sesaat
Seorang insan yang terluka ....

pelangi senja



Aku ingin menjadi pelangimu, yang akan selalu bisa membuat hidupmu lebih berwarna dengan caraku sendiri. Aku tau, mungkin aku bukan salah satu yg terbaik diantara mereka. Namun aku tau, aku punya cara sendiri utk membuatmu bahagia.


Erti rindu



Sayang, bila berjauhan dari mu, baru aku sedari kekuatan cinta dari mu.
sungguh aku rindu belaian darimu, rindu menatap wajahmu.
sedih sungguh. aku perlu tunggu 30 hari lagi untuk kau pulang. aduh. mampu kah aku sayang?
aku terlalu mencintaimu. sungguh.
jangan pernah kau tinggalkan aku syg. aku sebak :(


sakit

Tanggal 15hb lalu, aku menghantarnya pulang ke LCCT. Jam 4 pagi kami gerak dari bangi. Tp tak mengantok sangat sebab dah mandi. Segar saja kurasa. Aku sedih, terpaksa lepaskan kau pergi. 2 bulan. mana mungkin aku menanggung rindu nanti. tak apalah, dia pun mau pulang jugak ke kampungnya.

Sesudah kau check in, aku berjalan lemah ke kereta. Lama aku tunggu dalam kereta, sebelum kau berlepas. Kalau boleh aku mahu tunggu sehingga kapal terbangmu berlepas. tapi jam sudah lewat. Aku terpaksa bergegas pulang ke bangi semula. Aku harap, perpisahan sementara ini, akan mendekatkan lagi hubungan kita. semoga apa yg berlaku selama ini, membuatkan kita saling merindui antara satu sama lain, saling memerlukan antara satu sama lain. :)


pagi seleps pulang dr airport, aku ke pangkor pula. aku malas nak bercerita kisah aku d pangkor. bagi aku, tak ada apa yg best. biasala, laut, mandi laut, bot laju. aku cuma igt kenangan yg paling teruk aku d pangkor. hari terakhir (semalam) aku muntah teruk sangat. dari malam sampai ke pagi, tak berhenti muntah aku. ya Allah. aku rasa tak berdaya sangat. lagi teruk muntah daripada demam biasa. bayangkan sekali muntah pun dah teruk,ini berkali2. xberhenti2 aku ke tandas. aku tunggu sampai pagi, baru lah ada abg tu boleh bawak aku klinik. sampai ja di klinik, nurse sahaja yg ada. dia cuma bg suntikan ubat tahan muntah dengan air garam. aku pulang ke bilik dengan keadaan masih lemah. selepas tu aku tidur sampai jam 11, bangun2 je kawan2 aku sudah kemas2kan barang aku, ya la, jam 12 kami perlu checkout. Aku mandi pun jam 11.45, sungguh ikutkan hati aku mahu tidur ja... untuk aku berjalan kaki pulang ke jeti pun berapa kali aku duduk, sambung jalan, duduk. sampai dalam surau terus aku tidur. 

kesian syg aku, menanti2 mesej dari aku.. maafkan abie buat cyg risau... masuk dalam feri ,aku masih muntah2, sebelum naik bas pun aku muntah. Aku asyik berdoa je semoga tuhan kuatkan aku untuk aku sampai ke bangi. sungguh aku lemah..
alhamdulillah, jam 12 malam, sampai jugak aku ke bumi ukm. lega rasa hati,terus aku call buah hati aku, rindu betul aku mendengar suaranya. walaupun boleh cakap sekejap saja, tak mengapa, asalkan aku dengar suaranya. 

sayang, cepatla pulang ke sisi abie. abie tak rela syg jauh dari abie. bila abie sakit, abie igt syg je.. :( 

Kerana goreng pisang

Hari ni, aku beli goreng pisang... aku pergi ke arah KTM, tp tak ada dijual....
lalu aku pergi terus ke hentian kajang. mungkin ada makcik2 jual lagi time2 mcm ni. Jam dah menunjukkan pukul 6.00 ptg. Harap masih ada la...
Hujan rintik2... aku dah la selsema. tak pa.... permintaan dia, aku tunaikan.... memang aku pun lapar jugak...

Sampai saja ke hentian kajang. aku nampak pasar malam. Yea, hari ni jumaat, memang ada pasar malam..
Lalu aku berjalan2 mencari goreng pisang atau apa2 yg boleh aku beli.. Hm. masih kurang org menjual...
Ha... ternampak seorang akak menjual goreng pisang.. Walaupun nampak x sedap, beli jelah.. keinginan syg aku nak makan.. hujan makin lebat...

"Akak, bg RM3. keropok RM1."
"Ok dik"...

Hujan makin lebat turun ke bumi... Basah kuyup.. Adui, cepatla kak... saya sejuk ni....haha
Lpas akak tu bagi, aku berjalan2 lagi. terasa nak beli ayam goreng. Lalu aku tengok2... Hm, xmengiurkan.. Mahal pulak. takpalah, terus aku balik ke motor untuk balik ke UKM...

Laju aku bawak. Hujan lebat. Sejuk.. Terus sampai ke UKM. Aku berikan goreng pisang kepada syg aku.
Aku mencapai tuala untuk mandi.. Sejuk!

Selepas itu, barulah aku mula duduk untuk makan.. Dia marah aku, goreng pisang aku beli berminyak, xsedap, mcm2 lagilah.. aku diamkan je.. tapi dia ulang lg, "Kalau x pandai beli , xyh beli". Adui tersentap. Aku cakapla dengan dia, sudah2la , aku kena hujan pulak p beli td, apa lg xkena..."

Dia terus merajuk, xpedulikan aku. Aku nampak dia mesej seseorg. Aku tengok, rupanya dia msej budak tu...
Ya Allah, semudah tu dia sekrg. Merajuk, bergaduh dgn aku, mesej dgn bdk tu. Belum lg balik Sabah,dpn mata aku pun dah buat. takpa... aku sabar... senyum saja...
Aku paham kenapa dia x nk tinggalkan budak tu. dia anggap kawan.supaya bila2 dia begaduh dgn aku, dia boleh cari budak tu. aku tahu,..
takpalah, aku ni setia saja dgn dia. kwn perempuan senget pun xda nak msj2...

Oklah, setakat tu saja luahan hati aku petang ni. Aku dah ok sikit. Takpalh, if dia nk buat,buatlah. aku tengok saja. diri aku memang cm ni, Biarlah org buat kita, jgn kita buat org. Ye dok? :)
Aku nak tengok movie. Bye.

selamat tinggal selamanya

10/11/2012

aku tak dapat tidur... dia lena di atas katil...
sungguh, sepi,sayu hati aku... hati dia betul2 dah berubah.... betapa aku ni bagi dia nampak sungguh kecil xbermakna apa2..
banyak dia tpu aku... banyak sangat.....

td dia dpt sms dr budak tu. aku tak kisah , tp dia nak reply. ya Allah,mana janji dia pada aku..... takkan contact. Mana?? sungguh aku kecil hati. masih berkemahuan kontek semudah tu.sedangkan budak tu mcm2 dikatanya pada aku... butanya dia weh....
tak apalah,dia nak reply. tp cepat sekali dia reply. tak sempat berapa minit kot... sedangkan aku time msj dgn dia di rumah budak tu, 3 jam sekali baru dia reply...

budk tu lagi penting dr aku kan? :(
aku tak kisah sgt weh semua ni,tp mana janji kau...agak2 r nk kontek pun.... tnggu la aku tak da depan mata..xpun tnggu la esok lusa ke...ni nampak sgt baru balik pagi td, malam dh kontek....
Ya Allah, aku lari, menangis di luar, dia tak peduli! 
Aku masuk bilik, sambung menangis di lantai, dia tak peduli! mmg lah hati dia dah tak ada aku.... kalau betul dia kesian kan aku, dia dtg minta maaf, pujuk aku..tp tak ada pun...

Dlu, kalau kau merajuk sbb aku, aku org pertama dtg pujuk kau. tak pernah aku biarkan kau menangis depan aku begitu je..... kejamnya hati kau buat aku....

bengkak mata aku.... aku ambil kad kau bagi dulu, bersama gambar aku dan kau, aku tatap2, sedih sungguh hati aku... aku teringat kenangan dgn kau syg..sungguh aku rindu... dgn perangai kau dulu, dengan apa yg jd skrg , aku rasa mcm hdup dgn org lain!
aku rasa asing sgt bagi kau... kau tiada perasaan terhadap aku lagi..aku tahu.....
kau marah sgt dgn aku, kau patahkan simcard kau semua, kau campak hp kau. yaAllah, teruknya marah kau pada aku....kau cakap baru puas hati aku tak dapat kontek budak tu... aku tahu, kau tak kisah tak dapat kontek dia,sbb kau akan buat no baru, bg pada dia jgk melalui fb kau.. aku boleh agak..
kau yg xnk contact aku.... tak apa.....
Kau sibuk mencari2 hp mu yg hilang, aku terlantar atas lantai,tak kau pedulikan langsung... syg, betapa kau benci aku kan..... aku minta maaf buat kau rosakkan hp kau.. maaf..hp lebih bermakna dr aku... maaf...

aku minta kau peluk aku, merayu, baru kau dtg peluk aku, menangis , mnta maaf,... aku terdiam....

Aku baring atas katil. aku sudah berenti menangis, tiada lagi air mata, aku letakkan kad dan gambar di atas badanku, aku rindu org dalam gambar tu. yaAllah, kembalikan cyg aku pada aku! aku mohon! :((

aku bangun , ingin mencapai hp, tapi aku ternampak kau chat dgn dia? syg, aku menangis dr td sbb dia, baru td kau patahkan simkad dgn alasan xboleh contact dia, skrg kau boleh pulak chat dgn dia di fb?dh tu kau tipu aku,kau ada simpan rantai dia n pakai... kau ckp kau dh pulang..kau tpu aku..... :(
Ya Allah,sungguh kau memang tak ada perasaan simpati dgn aku....
sekejam2 aku.xpernah aku biarkan kau menangis dpn aku terlalu lama mcm ni...
aku akan dtg pada kau, tp apa yg kau balas dgn aku skrg?? 


aku faham..aku bukan lg untuk kau... melihat kau tidur nenyak,seperti kau sudah tak fikir apa2....
kau sudah tak fikir aku..... aku janji pada diri aku, 2 hari ni saja, peluang aku bg pada kita supaya dpat bahagia buat kali terakhir.. sebelum aku pergi tinggalkan kau selamanya...
Syg, prmintaan kau terlalu berat, kau suruh aku benarkan kau berkawan dgn dia..ok aku benarkan tp takkan tak boleh tggu kontek dia esok lusa..? knp hari ni, mlm ni? knp? lupakah janji kau pada aku? 

syg, aku mohon maaf, andai selepas 2 hari nanti,aku tggalkan kau... aku pergi tanpa apa2.... aku tak kan cari kau lagi. sungguh. tu janji aku. aku tak nak kau terkepit . aku bebaskan kau.. 

Kerna aku tahu., kau boleh bahagia tanpa aku disisi mu... terima kasih syg sudi temankan aku  2 hari ni..
terima kasih.... syg aku pada kau tak pernah hilang, malah tak pernah mudah aku bagi hati aku pada org lain...
aku harap kau kuat syg...kau boleh...aku mntak maaf...aku tak dapat buat apa kau nak.....

selamat tinggal sygku... :(




TBS

9/10/2012

awal aku bangun. jam baru menunjukkan 6 pagi.
Kenapa? Sebab nak pergi ambil yg tersayang pulang. Lama sangat dunia aku rasa 3 hari. Yela. tak dapat tengok muka dia, contact dia., mesej dia. ada mesej ,tapi hm.. paham2 jelah..
aku cuba fikir positif. bagi aku,takpa aku bagi peluang pada dia n budak tu. dia dah janji, lepas 3 hari takkan contact dah. Okay! aku bagi peluang ni. sabar aku 3 hari ni harap berbaloi dengan apa yg dia akan tunaikan.
sungguh sakit hati aku. dia contact org yg aku tak suka. siapa tak marah ada org lain panggil awek kita syg?
siap bagi rantai tanda apa aku tak tahu la..
BENGANG.

dah, aku siap2 , tunggu dia reply. tak ada... tak apalah, aku gerak dulu. Nanti tunggu kat tbs je. Jam 9 aku sampai TBS. dia masih belum reply.
Aku jalan2 la dulu. Lepak2.. main tab.
Jam 10, aku call.. tapi tiada dijawab. Jam 10.10 , aku terima 1 mesej. dia baru nak gerak. haih, sabar jelah..
aku tunggu lah... jam 11 baru dapat jumpa.
Adui, perasaan?  Gembira sangat weh! Apa lagi boleh cakap kan. tengok wajah dia, yg pernah aku syg.. adui.. lemah jantung. aku bawak dia pergi makan kt tbs. tbs ni tempat pertama kali aku dating dgn dia. bukan dating sgtla, tp jumpa dia pertama kali kt situ. sungguh aku rindu kenangan tu... :')

Selepas makan2, kami gerak balik ukm. aku tak banyak nak marah dia, bagi aku, mungkin dia dapat tunaikan janji dia cukuplah. tu sudah gembirakan hati aku, walaupun dia ckp byk benda yg aku sakit hati pasl budak tu. tak apa lah..aku halalkan..haha...
Syg, aku betul2 syg kau.diri aku perlukan kau. jgn buat aku sakit lagi ye? :)


oklah. smpai sini dulu..., nak sambung tidorr.. byeee

hari kedua tanpamu disisi

8/11/2012

alhamdulillah pagi ni aku bangun dengan bersemangat meskipun badan rasa kurang sihat.
tekak seperti perit. bersemangat kenapa? semalam kau cakap nak pulang hari ini. aku happy sungguh!

Jam 10 pagi, aku sms wish kau good morning, tiada jawapan...
10.30 aku sms lagi, "cyg nak balik hari ni kan? nak abie ambik kat mana?". Namun tiada jawapan...
Jam 11.19 am kau baru reply, " bie, jgn dlu. x sure lagi"
*lemah jantungku. sedang aku makan, terus hilang selera . sedih giler. kenapa kau masih nak stay dengan dia?? apa yang ada pada dia kau tak sampai hati sangat?? 
aku bangun dr meja makan, terus mencapai kunci motor pulang ke kolej.

Sungguh aku tak kisah kau bermalam sehingga 2-3 hari di rumahnya, tapi janji kau tak tepati. kau janji tak hilang fokes dari aku. akan sms aku, tapi apa yg aku dapat.? 
3 jam sekali baru kau reply. yaAllah. apa kau buat di rumahnya? 
kenpa begitu hormat sekali kau padanya sehinggakan aku lebih penting drpd dia kau abaikan...
*airmata aku tahan. bergenang tapi aku tak mahu jatuhkan lagi... cukuplah..

kau marah aku, kau tekad off phone bila aku ckp itu ini. tergamak hati kau.
sudah kau tinggalkan aku untuk dia, kau x tepati janji kau, kau marah aku lagi? sehingga mahu off handphone.

aku mengaku kau mahu aku rasa apa kau rasa. tp mungkin kau kena igt, aku tinggalkn kau tanpa org lain, aku pun tanpa org lain. tapi kau tinggalkan aku bersama org lain. orang yg aku benci.
dusta semuanya. semalam bukan main kau pertahankan aku bila dia kutuk aku.
tapi hari ni ternyata semuanya dusta lagii. 

aku mahu keluar. aku terlalu rindukan kau. kau langsung seperti tak rindukan aku. bahagia kau dengan dia. 
aku mencari kunci motor. ku gapai. lantas mahu ke mana2 tanpa arah tuju.
mungkin aku mahu ke seremban.
di situ kenangan aku dan kau.



catatan pertama

7/11/2012

Kenapa aku mula buat blog hari ni? *diam*
Hari ni dia keluar bersama seseorang. aku tak suka orang tu. tapi dia desak untuk benarkan dia pergi berjumpa juga dgn orang tu. Tak mengapalah, kalau aku larang sekali pun, tidak diendahkan. Dia tetap dengan pendiriannya. Hak nya,  Janji nya kepada org tu.
Aku tunduk.

Kenapa perlu kau pertahankan untuk berjumpa jika kau tahu akan banyak lagi kenangan kau akan buat dengan dia? Kau tak faham apa aku rasa. Jika kau kat tempat aku, mungkin.

*Tangisan*
Tak peduli pun dengan air mata aku. Dia masih dengan pendiriannya. Okay. Ternyata akhirnya aku rela...
Meskipun berat hati ku melepaskan kau pergi untuk berjumpa dengan org tu.. Aku tak kisah kau setakat jumpa saja. Tapi kau dengan dia 3 hari. Kau tahu aku tak mampu, tp kenapa kau masih mahu?

Tak apa. Pagi ni aku bangun semua dah okay. Aku rela pagi ni kalau dia nk keluar jugak. Biasalah.. Mulut sahaja cakap rela, hati ? *diam*

Tapi rela aku tu pun tak boleh dijaga. Kau sms dia beritahu kau sudah nak bersiap2.
*Aku sedih* Macam kau yang nak sangat jumpa kan.
Tak apa. aku tak boleh bercakap apa2. aku tak ada suara. suara ku lemah sekali bagi kau. Dengan berat hati, aku menghantar kau ke KTM. Kau macam tiada perasaan. Melihatku pergi begitu sahaja. ...

*1.00 ptg*

Aku call, untuk memberitahu cara ke TIMES SQUARE,selepas sms aku kau tak faham.
Tapi sahutan call kau begitu seperti cover2. cover dari dia ? Hm..
Aku tak sempat lagi habis bercakap, begitu sahaja kau letak telefon aku. *Ya Allah. aku masih cuba berfikiran positif*

SMS aku hantar, cuba meminta simpati . Aku tanyakan kenapa kau letak terus hp mu. Tapi tiada kau jawab.
Cuma 20 minit kemudian kau tanya soalan yang tak ada kaitan.
*fahamla perasaan aku macam mana time ni kan*

selepas itu, aku sms, tiada sudah kau reply. sedihnya hati aku. Allah saja tahu. kau bersama dia, langsung kau xboleh fokes dengan aku....Macam mana aku nak percayakan kau?

Aku call tiada berjawab. Tak apa.
Mungkin aku tak patut pedulikan hp aku. Aku nak keluar hilangkan perasaan sedih ni.

Salam.